Wednesday, July 10, 2019

MAKAN SEDAP DI KANCIL RAJA PATIN, TEMERLOH PAHANG

Assalamualaikum ...

Ada yang plan nak jalan-jalan Temerloh Pahang tak? Kalau ada aku nak share satu lokasi makan tengahari yang sedap sangat di Temerloh! 

Bukan nak cakaplah kan, Kancil Raja Patin antara lokasi makan yang memang sedap. Masakan kampung dia buat kau lupa tengah diet. Menu yang terkenal mestilah berasaskan ikan patin. Dah nama Temerloh, mestilah kita kena cuba makan masakan ikan patin. Hari tu masa pi makan di Kancil Raja Patin, aku try ikan patin masak tempoyak, pais ikan patin dan udang galah. Semua sedap! Memang pyooor orang Pahang masak patin kan. Mestilah sedap!

Dinasihatkan pergilah awal ye, kot-kot takda tempat duduk. 

Haritu tak tergerak pulak hati nak try patin penyet

2 periuk besar masak tempoyak patin depa. Sedap tak terkata!

Yang berbungkus tu pais patin ya

Udang galah dia memang fresh!

Aduhai teringat lelemak patin nie. Sedap sungguh

Nasi sikit takpa, janji lauk pauk banyak ... hahahha


Tak nak cerita banyak, aku suggest korang cuba makan kat sini. Insya-Allah tak menyesal. Harga pun berpatutan. Cuma warung dia biasa-biasa ajelah. Jangan pulak korang bajet ada econ tau. Warung ni terletak di tepi sungai. Masa aku sampai time tengahari tu, penuh warung. Bukan orang Temerloh pun, tengok ramai orang dari luar. Jauh betul depa cari makan. Kalau hangpa nak pi, aku share alamat sekali eh ....


Alamat :
Batu 2, Jalan Tras, Bentong Pahang

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad : 8.00 pagi – 12.00 tengah malam

Isnin : Tutup
011-6554 8900



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Tuesday, July 9, 2019

PIZZA SENI BIDADARA, KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum ...


Trip bulan Februari 2019, tapi baru ada hati nak cerita dengan uols! Trip ni sebenarnya trip office. Jalan-jalan cari makan ke lokasi yang menarik untuk berkongsi ilmu dalam perniagaan. Salah satu tempat yang kami pergi, adalah Seni Bidadara Pizza di Perkampungan Cenderawasih, Kuantan Pahang.

Tempat dia mulanya agak menyeramkan. Usang. Sunyi. Tapi bila dah makan pizza dia, alahai sedap amat! Aku suka sangat dengan pizza daging salai dia, sangat sedap tau! Crust dia nipis, toppingnya banyak dan ada rasa yang enak. Cara bakar pun nampak tradisional. 

Tengoklah tempat bakarnya yang unik dan menarik
Jakun juga aku menengoknya. Berbahang muka jenguk ke dalam oven tradisonal nie. Apapun unik. Unik sebab menghasilkan pizza yang sedap dan lebih sedap dari domino!

Ada pizza saiz XXXL, XL dan L dibakar dalam nie
Pizza ni dibakar tak lama pun, mungkin bahang dalamnya kuat. Memang pizza masak sekata dan elok je. Puashati makan, malah haritu aku rasa tak cukup je hahahha


Ini pizza saiz XXXL, pan dia guna dulang hidang nasi zaman dulu tu. Tengok topping dia penuh aih. Mungkin sebab tu rasa dia enak kot. Tak kedekut topping.


Sebab berkongsi, dapatlah merasa sorang sikit. 2-3 potong. hahahah 2-3 potong tu sikit ke?


Ini harga dia. Ada waktu operasi sekali. Sapa nak pergi, bolehlah, tapi waktu operasi dia petang sahaja. Tu pun 3-4 jam. Meniaga santai-santai kata tuan punya pizza nie.


Pondok cashier. Risau tengok keadaan pondok nie. Korang pergilah sendiri. Nanti korang akan faham kenapa aku cakap risau ... heheheh


Seni Bidadara Pizza
Rajawali Art@ Galery Outerspace
Lorong 13, Perkampungan Cenderawasih (Sebelah SK Cenderawasih) Kuantan Pahang

Waktu Operasi :

Isnin & Selasa : 2.00 petang – 7.00 malam
Jumaat : 3.00 petang – 7.00 malam
Sabtu & Ahad : 2.00 petang – 7.00 malam

Rabu : Tutup

013-911 2003/ 011-194 63001




Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Monday, July 8, 2019

TERINGAT MASA KECIK-KECIK

Assalamualaikum ...


Inilah rumah di mana aku dilahirkan dan dibesarkan. Dulu, full rumah kayu. Ayah buat pelan-pelan nak besarkan rumah ni. Rumah kayu + batu. Tak mewah tapi selesa buat kami 4 beradik. Kat sinilah segalanya bermula tentang kami. Kehidupan anak kampung yang kadang tu bergelumang dengan lumpur bila balik dari sekolah. Pi cari ikan oiii!


Weekend, kadang dulu-dulu ikut abang aku pi tangkap ikan. Balik kena rotan. Habis gelap satu badan dengan lumpur. Bau lumpur toksah cakaplah, busuk. Tapi time tu, busuk-busuk pun best. Dah masker lumpur satu badan tau. Anak soleh aku sekarang kena lumpur sikit dah bising ... ermmmm macam manalah nak tolong atok kat bendang gamaknya. Dia belum tahu tu, mommy dia asal anak orang bendang!
Tempat yang dirindui selalu
Tengok rumah ni, teringat dulu aku ligan abang keliling rumah. Kami dulu kuat bergaduh. Sebab abang aku tu suka sangat mengusik dan melawan apa aku cakap. Hah, ligan dengan rotan. Kadang buku sekolah dia habis aku koyak! Kejamkan aku. hahahaha. Time budak-budak memang macam tu. Tapi baguihnya abang dia tak pernah marah. Dia tahu dia salah. Dia  tahu dia yang selalu cari pasal. Abang tak pernah pukul aku walau sekali pun, seingat aku memang tak pernah. Tapi time susah, basikal aku rosak dialah yang selalu tolong kat sekolah. Cuma masa dia darjah 2 dia rajin pow duit aku ja. Aku kan jenis kedekut nak beli makanan kat kantin sekolah. Mak bagi lima kupang, aku belanja 2 kupang ja. 2 kupang lagi aku bagi abang. Sekupang lagi aku buat simpan dalam tabung buluh. Bila dah start darjah lima, barulah aku borossss ....

Kat halaman rumah tulah belajar naik basikal masa usia 6 tahun. Pulun-pulun tak boleh, aku hempas basikal. Hah, padan muka. Kesudahannya pandai juga berbasikal. Ayah aku kata aku ni perongos ... tak boleh silap sikit, ada ja nak naik angin. Tapi antara 4 beradik walau aku banyak ragam, ayah kata aku dengar dan ikut cakap. Ayah yang kata! Yelah, dah masing-masing dok cakap aku ni anak manja ayah. Sekarang anak manja ayah dan mak juga. 

Rindu kampung halaman. Alor Setar. Dalam gambar tu hasben dan anak soleh.

Rindunya nak balik kampung. Rindunya kat semua yang ada kat kampung. Balik kampung rasa tenang. Semua masalah kerja tu hilang macam tu je. Magickan? Aku kalau balik kampung, suka masak-masak untuk mak ayah makan. Mak aku suka kalau aku masak itu ini. Nanti dia akan request nak makan apa. Time tu, aku tak kisah dah penat, sakit kaki ke apa ke ... janji mak dapat makan apa dia nak. Sedap sangat tu taklah, tapi setiap kali aku masak, mak ayah makan bertambah maknanya kenalah dengan selera dorang.

Tunggulah mak ... ayah, ada rezeki kakak balik kampung ye! Kita jumpa nanti. Rindunya.



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Sunday, July 7, 2019

BERSIARAN DARI OFFICE

Assalamualaikum ...


Sekian lama aku tak OT. Tak macam waktu bujang dulu. Office tu macam rumah kedua. Kerja 7 hari seminggu. Tak pernah nak rasa penat. Cuma bila dah kahwin dan ada anak, aku makin lama makin slow nak OT. Kadang kawan-kawan ajak pun aku tak pergi. Bukan malas, cuma bila ada anak pada usia yang agak banyak, so lebih baik rasanya spent time dengan keluarga.

Hari ni datang  juga OT. Sebab memang ada tugas nak siapkan. Rasanya mulai Julai, weekend aku akan ada kat office. Seminggu sekali je OT, Insha-allah. Sekarang pun aku tengah sibuk-sibuk nak pindah rumah. Alhamdulillah, target  nak ada rumah sendiri pada usia 40 tahun tercapai. Terima kasih Allah. Walau jalan agak berliku, Insha-allah aku dan suami akan tempuh sebaiknya. Tak mudah. Dan tak sesukar mana. Cuma hati kena sabar. Baru aku tahu bila beli rumah bertingkat, banyak proses kena lalui, banyak duit kena keluar. Takpelah, itu bahagian aku. 

Tunggu pindah semua, baru aku boleh plan semula bisnes aku. Baru aku boleh plan semula kehidupan aku yang agak kelam kabut di 2019. Aku dan suami sekarang sedang menempuh sedikit cabaran dan dugaan. Moga Allah tunjukkan kami jalan dan berikan kami kekuatan. Aaamiin ....


Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"


Friday, May 24, 2019

ATOK DAN CUCUNYA

Assalamualaikum ...


Cucu dan atoknya. Dalam 11 orang cucu yang ada, Iskandar sorang je panggil tok wan sebagai atok. Cucu-cucu lain semua panggil tok wan. Haish lain sungguh. Tapi tok wan layankan aje. Setiap kali balik kampung, Iskandar jarang berenggang dengan atok. Biasanya dalam seminggu balik  mesti 1 atau 2 malam, Iskandar tidor dengan atok.


Pi mana-mana nak ikut atok. Aku of course risau. Sebab atok tak kuat sangat. Risau keselamatan dua-dua kesayangan hati ini. Iskandar paling suka naik moto dengan atok pi buang sampah atau pi kedai. Sampaikan mommy babah ajak pergi town pun dia tak nak! Iskandar akan bagi alasan penat. Walhal dia nak meronggeng dengan atok dia. 



Ikut atok pi bendang, kalau boleh nak terjun sekali dalam bendang tu. 


Bukan tolong atok pun, nak menyibuk je. Asal atok ada kat sebelah dia ... semua will be ok!


View belakang rumah. Bendang orang Kedah kata. Bahasa buku sawah padi. 



Rindu nak balik kampung!



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Sunday, February 17, 2019

NASI LEMAK SALEHA DI AMPANG

Assalamualaikum ....


Jarang-jarang dapat makan nasi lemak sedap. Rabu malam baru nie, pergi Ampang sebab nak ambil stok sambal hitam Tokthevaini. Sementara nak tunggu Cikgu Aput hantar sambal, makan dulu. Lapaq weh. Gerak dari Putrajaya 8pm dengan Myvi takda econ ... aduhai! Hujan selebatnya. Sila bayangkan keadaan macam mana, sedikit berkabus dan panas! Nasib baiklah, Iskandar baik. Tak banyak songeh walau kereta takda econ. Alhamdulillah

Hujan, of course laparkan. So, sebelum ambil stok sambal hitam pusing-pusing cari makan dekat bangunan perniagaan sebelah Tesco Ampang. Nampaklah NASI LEMAK SALEHA. Adus salehaaaa! 


Nasi lemak dia sedap. Ayam goreng sedap. Rendang daging sedap. Bak kata cukup rasa. Iskandar tambah 2 kali. Nasi lemak memang favourite Iskandar, kalau sedap dia akan makan bertambah-tambah. Lidah dia high taste sket! Hasben kata next time nak repeat! Inshaallah. Kalau ambil stok sambal hitam tokthevaini yang sedap sangat tu kat sini lagi bolehlah makan Nasi Lemak Saleha nie.


Mungkin ramai yang dah cuba. Dah preview. Kami je kot baru nak tahu kedai makan ni sedap. Puji staff dia yang menjaga kebersihan. Ambil makanan guna sarung tangan plastik. Kedai pun ok, kemas jugak. 



NASI LEMAK SALEHA AMPANG
NO. 3, JALAN PANDAN PRIMA 1, AMPANG SELANGOR (SEBELAH TESCO AMPANG)
03-4144 4880 / 017-7470100
WAKTU OPERASI : 6.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH MALAM 




Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Sunday, February 10, 2019

CREAMY PASTA

Assalamualaikum ....


Bekalan anak soleh seminggu sebelum balik bercuti raya cina. Anak soleh request creamy pasta 2 kali dalam seminggu. Sedap kot mommy masak. he he he. Guna pasta aerospace brand prego. Lepas tu teacher dia wassap mommy sebab asyik dok tanya, " bentuk apa ni teacher ... bentuk apa?". Teacher pun penin nak melayan.

Bekalan 29 Januari creamy pasta + nasi goreng ditenggelami nugget

Bekalan 30 January

Lepas balik dari bercuti kat Cameron Highlands dan rumah atok di Kedah, sampai Putrajaya tengok fridge blackout! No power supply! Nangis, habis jahanam stok makanan dalam dua-dua fridge. Dengan ayam, ikan, daging burger dan sosej untuk siapkan breakfast sekeluarga semua rosak. 

Takpa, yang tu kita cerita nanti eh. Bila rajin nanti iols update story kat Cameron Highlands dulu setelah 6-7 tahun tak jejak kaki ke sana. Tunggu iols rajin eh!



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Friday, January 25, 2019

DURIAN

Assalamualaikum ...

Aku memang peminat durian. Setiap kali musim dapat makan sekali pun dah cukup, tapi kalau dapat makan seminggu sekali memang buat hati riang. Walaupun ada yang menyampah bau durian, aku tetap suka. Cuma untuk insan² tertentu yang tak boleh sangat bau durian, kena lah hormat. Takut kalau dia muntah ke apa, susah nanti.

Yang aku menyampah bila ada yg saja² tak suka bau durian, eeee ... eeee tapi makan! Bawa durian masuk lift, siap eh eh bau durian. Siap² tutup hidung cara ngada. Adussss, over tau!

Durian ni beli pun ada jualan sulit kat basement office. Sekilo RM12. Belilah 3 biji, berat 4.5kg. Officemate wassap pasal durian terus turun pi beli. Sebab anak. Sebab tau dia memang suka sangat durian. Aku suka, tapi dapat makan seulas dua dah cukup. Yelah, umur dah makin tua, selera takat padan ajelah. Kalau muda lagi sekali hadap 2-3 biji pun still okey je.

Tangan kecik yang tak menyempat nak makan.

Lepas beli durian masukkan dalam kereta. Nak tunggu cukup time balik. Ngam 5.30pm bergegas ke kereta nak jemput anak soleh. Perghhh semerbak harum bau durian satu kereta. Sampai school jemput anak soleh, bila dia masuk kereta ... "Sedapnya bau durian .... Mommy beli ke?".

"Iskandar nak balik rumah teruslah, nak makan durian!"

Aloloooo bau durian terus ajak balik rumah. Sabaq la. Mommy nak delivery bilis Sabah dulu. Lepas settle delivery terus pecut balik. Sampai² rumah takdan dia buka baju terus minta nak makan durian.

Dari 3 biji dapat lah frozen 3 bekas. 10 ulas sudah habis anak soleh makan.

Nasib durian nie sedap. Fresh! Rasa kampung pahit² dia tu. Dapatlah simpan kat bapak dia yang kursus kat Melaka tu.  Dua bekas lagi frozen kat anak soleh. Memang selalu beli 3-4 biji kemudian frozenkan. Sebab Iskandar kalau nak durian, tak menentu time dia. Bila frozenkan dapatlah memenuhi permintaan.

Jiwa mak bapak macam tulah. Apa² anak nak cuba penuhi yang mana mampu. Aku rasa mak ayah aku lagu tu jugak, berusaha penuhi apa yang aku minta. Time akal tak panjang, of course aku tak fikir susah payah mak ayah nak penuhi segala permintaan. Maaf mak! Maaf ayah! Kakak banyak menyusahkan mak ayah dulu .... 

Hal durian ni pun buat aku sentiasa ingat macam mana mak susah payah cari durian kat aku dulu. Siap kopek masukkan dalam bekas. Balut² elok tak bagi bau dan bagi aku bekal durian tu bawa balik KL naik bas. 15 tahun dulu, dan aku masih ingat. Dulu habis belajaq mak tau aku susah. Gaji sikit. Kerja sambilan kat pejabat kerajaan di PWTC. 

So, setiap kali beli durian aku akan ingat mak & ayah & ingat anak sebab dia suka sangat! 

TQ mak ayah susah payah cari durian elok kat kakak dulu. 😍😍😍 Rindu!!

RESHUFFLE

Assalamualaikum ...

Jumaat

Walau berita yang aku dapat hari ini tak berapa gembirakan hati, aku cuba positif. Sedih bila kau dah selesa dengan boss baru hampir setahun bersama, tiba-tiba boss kena tukar ke department lama. Bila mood kerja memuncak, dapat perkhabaran reshuffle boss-boss. Bermulalah 2019 dengan liku-liku yang tersendiri.

Terimalah siapa pun yang akan jadi boss aku nanti. Mental kena kuat. Hati kena lebih banyak bersabar. Jiwa kena kental. Moga Allah mudahkan urusan aku nanti.

Dan aku harap akan ada perkhabaran baik buat aku jua nanti. Moga Allah kirimkan aku team yang hebat jua. Yang serasi. Yang boleh bertolak ansur dan yang penting boleh kerja bersama-sama dan tak tangguhkan kerja. Doa baik-baik.

Wednesday, January 23, 2019

BEKALAN KEKUATAN SEHARI UNTUK HEROES

Assalamualaikum ...

Bertungkus lumus siapkan breakfast anak soleh dan bapaknya seawal 5am. Gigih mommy hang. Bila tanya nak bawa bekal apa, "apa-apa jelah mommy ... eh nak mee pedas mommy!". Alololo baru 4 tahun dan request pedas-pedas. Not good tau kat perot awak eh. 

Kuewteow goreng dan nugget untuk anak soleh. Menu lunch mak bapak punya

Dah masuk minggu ketiga siapkan bekalan. Masuk school awal, so takda lagi dah episode-episode breakfast bertiga anak beranak. Mommy Babah pun dah tak breakfast sama lagi dah. Nak-nak masuk 2019, mommy semakin sibuk. Bisnes part time pun tak boleh nak fokus macam selalu. Dalam sibuk, tiba-tiba dapat pulak sedikit masa tulis blog. Selepas 5.00 petang sebelum dijemput pulang. Tak pun time rehat antara 1.00-2.00pm. Mood menulis tiba-tiba datang. So, layankan supaya hati sentiasa gembira. I'm a hppy pills for myslef!

Esok tengoklah nak masak apa pulak untuk breakfast anak beranak! Moga istiqamah hendaknya!

Tuesday, January 22, 2019

BILIS SABAH RANGUP DAN MURAH

Assalamualaikum ...

Alang-alang dah menulis blog semula, aku nak bagitahu korang yang aku jual ikan bilis Sabah! Semestinya dari Tawau Sabah. Aku salah sorang dari agen Kak Bilis Dried Food. Nanti korang boleh cari dekat facebook Kak Bilis Dried Food atau di page aku sendiri ; rambangmata foods.

Macam-macam aku jual. Pos seluruh Malaysia. COD cuma di Putrajaya. Seremban tu kadang-kadang kalau ke sana. Alor Star kalau aku balik kampung bolehlah cod. 

Bilis Sabah yang aku dah repack dan jual semula di sekitar Putrajaya.
Nak order boleh rujuk produk lain di Instgram aku ya IG : bycikpuankocik. Sila follow jugak!

Alhamdulillah, 2019 tahun keempat aku jual bilis. Lepas tu up lagi dengan produk sendiri. Seronok meniaga, Time sesak gaji belum masuk lagi tu, bolehlah top sikit. Saving ribu riban belum lagilah. Aku cuba. Cuma 2019 aku target duit meniaga ni dapat settlekan hutang credit card aku tu. Semak kepala weh dengan credit card.

Doakan bisnes aku maju jaya tau!! Please doakan .....

BEKAL ANAK SOLEH

Assalamualaikum ...


Pagi-pagi belum Subuh lagi anak soleh, Iskandar dah request nak makan donut. Nasib baiklah hari Sabtu buat donut lebih dan frozenkan. Keluarkan dari chiller, defrost dan gorengkan 3 ketoi. Satu Iskandar makan dekat rumah. Lagi 2 ketoi bawa bekal pi skool.

Sejak masuk tadika, kenalah mommy buat brerakfast hari-hari. Cuma minggu pertama je tak bawa bekal sebab dia taknak. Masuk minggu kedua baru request bekal. Mommy dah la tak kreatif, masak apa yang sempat sahaja. Selalunya nasi goreng. Paling mudah!

Mee goreng untuk bapak dan anak. Donut untuk anak sahaja.

Pagi ni selain donut, mommy buat jugak mee goreng. Mee goreng udang semestinya. Dapat anak soleh yang suka sangat seafood berbanding ayam dan daging, maka kat rumah ada jugalah stok sotong dan udang kat dia. Kalau ada menu kegemaran, banyaklah dia makan.

Harap hari ini habislah bekas yang dibawa ke skool tu. Belajar rajin-rajin eh!

Monday, January 21, 2019

BLOG LAGI SATU BAKAL HILANG BERSAMA KENANGAN

Assalamualaikum ...


Aku ada 2 blog. Blog ini blog baru. Asalnya nak cerita pasal masakan je. Nak share recipe dengan korang. Tapi malangnya, blog yang menjana income aku selama bertahun dulu tu dah tak boleh buka. Nak renew domain mahal. Pastu nak revert to blogspot tak reti. Sayang sangat blog lama tu. Dari aku bujang, sampai kahwin dan ada anak macam-maca cerita aku dah share kat situ. Sampai dah dapat income Nuffnang lebih 1K., walau aku ni blogger suam-suam kuku je pun.

Sekarang rasa nak menulis balik. Nak share story pasal anak. Pasal sekolah dia. Pasal kehidupan dia. Harap jadi rujukan dan kenangan suatu masa nanti. Yelah, bila dah tua of course aku akan banyak lupa. Ibarat makan semut berkilo. Tentu akan ada banyak kenangan terhakis dari minda. Apapun Ya Allah jauhkan aku dari penyakit nyanyuk!

Aku harap akan ada kerajinanlah tulis blog tanpa henti nie. Nak merapu meraban, nak share ilmu dan pengalaman kat sini. Paling penting aku  nak share juga pasal trip jalan-jalan dan makan-makan aku nanti. Doakan rajin aku berganda di 2019.



DARI SAYADIDAPUR TUKAR KEPADA BYCIKPUANKOCIK

Assalamualaikum ...


Tukar nama blog pulak.
Dari SAYADIDAPUR ke BYCIKPUANKOCIK.


Nama IG BYCIKPUANKOCIK, ada jual macam-macam makanan
Best2 jugak!


Jom follow eh. TQQ