Wednesday, July 10, 2019

MAKAN SEDAP DI KANCIL RAJA PATIN, TEMERLOH PAHANG

Assalamualaikum ...

Ada yang plan nak jalan-jalan Temerloh Pahang tak? Kalau ada aku nak share satu lokasi makan tengahari yang sedap sangat di Temerloh! 

Bukan nak cakaplah kan, Kancil Raja Patin antara lokasi makan yang memang sedap. Masakan kampung dia buat kau lupa tengah diet. Menu yang terkenal mestilah berasaskan ikan patin. Dah nama Temerloh, mestilah kita kena cuba makan masakan ikan patin. Hari tu masa pi makan di Kancil Raja Patin, aku try ikan patin masak tempoyak, pais ikan patin dan udang galah. Semua sedap! Memang pyooor orang Pahang masak patin kan. Mestilah sedap!

Dinasihatkan pergilah awal ye, kot-kot takda tempat duduk. 

Haritu tak tergerak pulak hati nak try patin penyet

2 periuk besar masak tempoyak patin depa. Sedap tak terkata!

Yang berbungkus tu pais patin ya

Udang galah dia memang fresh!

Aduhai teringat lelemak patin nie. Sedap sungguh

Nasi sikit takpa, janji lauk pauk banyak ... hahahha


Tak nak cerita banyak, aku suggest korang cuba makan kat sini. Insya-Allah tak menyesal. Harga pun berpatutan. Cuma warung dia biasa-biasa ajelah. Jangan pulak korang bajet ada econ tau. Warung ni terletak di tepi sungai. Masa aku sampai time tengahari tu, penuh warung. Bukan orang Temerloh pun, tengok ramai orang dari luar. Jauh betul depa cari makan. Kalau hangpa nak pi, aku share alamat sekali eh ....


Alamat :
Batu 2, Jalan Tras, Bentong Pahang

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad : 8.00 pagi – 12.00 tengah malam

Isnin : Tutup
011-6554 8900



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Tuesday, July 9, 2019

PIZZA SENI BIDADARA, KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum ...


Trip bulan Februari 2019, tapi baru ada hati nak cerita dengan uols! Trip ni sebenarnya trip office. Jalan-jalan cari makan ke lokasi yang menarik untuk berkongsi ilmu dalam perniagaan. Salah satu tempat yang kami pergi, adalah Seni Bidadara Pizza di Perkampungan Cenderawasih, Kuantan Pahang.

Tempat dia mulanya agak menyeramkan. Usang. Sunyi. Tapi bila dah makan pizza dia, alahai sedap amat! Aku suka sangat dengan pizza daging salai dia, sangat sedap tau! Crust dia nipis, toppingnya banyak dan ada rasa yang enak. Cara bakar pun nampak tradisional. 

Tengoklah tempat bakarnya yang unik dan menarik
Jakun juga aku menengoknya. Berbahang muka jenguk ke dalam oven tradisonal nie. Apapun unik. Unik sebab menghasilkan pizza yang sedap dan lebih sedap dari domino!

Ada pizza saiz XXXL, XL dan L dibakar dalam nie
Pizza ni dibakar tak lama pun, mungkin bahang dalamnya kuat. Memang pizza masak sekata dan elok je. Puashati makan, malah haritu aku rasa tak cukup je hahahha


Ini pizza saiz XXXL, pan dia guna dulang hidang nasi zaman dulu tu. Tengok topping dia penuh aih. Mungkin sebab tu rasa dia enak kot. Tak kedekut topping.


Sebab berkongsi, dapatlah merasa sorang sikit. 2-3 potong. hahahah 2-3 potong tu sikit ke?


Ini harga dia. Ada waktu operasi sekali. Sapa nak pergi, bolehlah, tapi waktu operasi dia petang sahaja. Tu pun 3-4 jam. Meniaga santai-santai kata tuan punya pizza nie.


Pondok cashier. Risau tengok keadaan pondok nie. Korang pergilah sendiri. Nanti korang akan faham kenapa aku cakap risau ... heheheh


Seni Bidadara Pizza
Rajawali Art@ Galery Outerspace
Lorong 13, Perkampungan Cenderawasih (Sebelah SK Cenderawasih) Kuantan Pahang

Waktu Operasi :

Isnin & Selasa : 2.00 petang – 7.00 malam
Jumaat : 3.00 petang – 7.00 malam
Sabtu & Ahad : 2.00 petang – 7.00 malam

Rabu : Tutup

013-911 2003/ 011-194 63001




Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Monday, July 8, 2019

TERINGAT MASA KECIK-KECIK

Assalamualaikum ...


Inilah rumah di mana aku dilahirkan dan dibesarkan. Dulu, full rumah kayu. Ayah buat pelan-pelan nak besarkan rumah ni. Rumah kayu + batu. Tak mewah tapi selesa buat kami 4 beradik. Kat sinilah segalanya bermula tentang kami. Kehidupan anak kampung yang kadang tu bergelumang dengan lumpur bila balik dari sekolah. Pi cari ikan oiii!


Weekend, kadang dulu-dulu ikut abang aku pi tangkap ikan. Balik kena rotan. Habis gelap satu badan dengan lumpur. Bau lumpur toksah cakaplah, busuk. Tapi time tu, busuk-busuk pun best. Dah masker lumpur satu badan tau. Anak soleh aku sekarang kena lumpur sikit dah bising ... ermmmm macam manalah nak tolong atok kat bendang gamaknya. Dia belum tahu tu, mommy dia asal anak orang bendang!
Tempat yang dirindui selalu
Tengok rumah ni, teringat dulu aku ligan abang keliling rumah. Kami dulu kuat bergaduh. Sebab abang aku tu suka sangat mengusik dan melawan apa aku cakap. Hah, ligan dengan rotan. Kadang buku sekolah dia habis aku koyak! Kejamkan aku. hahahaha. Time budak-budak memang macam tu. Tapi baguihnya abang dia tak pernah marah. Dia tahu dia salah. Dia  tahu dia yang selalu cari pasal. Abang tak pernah pukul aku walau sekali pun, seingat aku memang tak pernah. Tapi time susah, basikal aku rosak dialah yang selalu tolong kat sekolah. Cuma masa dia darjah 2 dia rajin pow duit aku ja. Aku kan jenis kedekut nak beli makanan kat kantin sekolah. Mak bagi lima kupang, aku belanja 2 kupang ja. 2 kupang lagi aku bagi abang. Sekupang lagi aku buat simpan dalam tabung buluh. Bila dah start darjah lima, barulah aku borossss ....

Kat halaman rumah tulah belajar naik basikal masa usia 6 tahun. Pulun-pulun tak boleh, aku hempas basikal. Hah, padan muka. Kesudahannya pandai juga berbasikal. Ayah aku kata aku ni perongos ... tak boleh silap sikit, ada ja nak naik angin. Tapi antara 4 beradik walau aku banyak ragam, ayah kata aku dengar dan ikut cakap. Ayah yang kata! Yelah, dah masing-masing dok cakap aku ni anak manja ayah. Sekarang anak manja ayah dan mak juga. 

Rindu kampung halaman. Alor Setar. Dalam gambar tu hasben dan anak soleh.

Rindunya nak balik kampung. Rindunya kat semua yang ada kat kampung. Balik kampung rasa tenang. Semua masalah kerja tu hilang macam tu je. Magickan? Aku kalau balik kampung, suka masak-masak untuk mak ayah makan. Mak aku suka kalau aku masak itu ini. Nanti dia akan request nak makan apa. Time tu, aku tak kisah dah penat, sakit kaki ke apa ke ... janji mak dapat makan apa dia nak. Sedap sangat tu taklah, tapi setiap kali aku masak, mak ayah makan bertambah maknanya kenalah dengan selera dorang.

Tunggulah mak ... ayah, ada rezeki kakak balik kampung ye! Kita jumpa nanti. Rindunya.



Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"

Sunday, July 7, 2019

BERSIARAN DARI OFFICE

Assalamualaikum ...


Sekian lama aku tak OT. Tak macam waktu bujang dulu. Office tu macam rumah kedua. Kerja 7 hari seminggu. Tak pernah nak rasa penat. Cuma bila dah kahwin dan ada anak, aku makin lama makin slow nak OT. Kadang kawan-kawan ajak pun aku tak pergi. Bukan malas, cuma bila ada anak pada usia yang agak banyak, so lebih baik rasanya spent time dengan keluarga.

Hari ni datang  juga OT. Sebab memang ada tugas nak siapkan. Rasanya mulai Julai, weekend aku akan ada kat office. Seminggu sekali je OT, Insha-allah. Sekarang pun aku tengah sibuk-sibuk nak pindah rumah. Alhamdulillah, target  nak ada rumah sendiri pada usia 40 tahun tercapai. Terima kasih Allah. Walau jalan agak berliku, Insha-allah aku dan suami akan tempuh sebaiknya. Tak mudah. Dan tak sesukar mana. Cuma hati kena sabar. Baru aku tahu bila beli rumah bertingkat, banyak proses kena lalui, banyak duit kena keluar. Takpelah, itu bahagian aku. 

Tunggu pindah semua, baru aku boleh plan semula bisnes aku. Baru aku boleh plan semula kehidupan aku yang agak kelam kabut di 2019. Aku dan suami sekarang sedang menempuh sedikit cabaran dan dugaan. Moga Allah tunjukkan kami jalan dan berikan kami kekuatan. Aaamiin ....


Love;
Mommy Iskandar
"I'm a happy pills for myself!"