Wednesday, October 28, 2015

ASAM PEDAS TENGGIRI I RESEPI EMAK MERTUA

Assalamualaikum...


Semalam masakkan asam pedas ikan tenggiri untuk bekalan lunch hasben. Resepi asal diambil dari omak mertua den. Time dia masak, mari kita berdiri kat sebelah tengok style dia masak. Tak tolong masak pun takpa, tolong tengok pun dah ok. wakakakaka. Ada resepi sahaja tak guna, kalau salah skill. Jadi haruslah mencedok resepi omak mertua den sebijik sejebon. Ye dokkkk? Jom cikidooot resepinye!




RESEPI : ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI TERSEDAP
SUMBER : OMAK MERTUA DEN

Bahan ;
  • 4 ketul ikan tenggiri (bersihkan)
  • 2 biji tomato (jangan ambil yang masak tau) - dibelah 4
  • 1 1/2 senduk besar cili kering yang telah dikisar (Kalau taknak pedas, kurangkan cili)
  • 1 1/2 mangkuk air asam jawa (ambil dari segenggam asam jawa)
  • 2-3 tangkai daun kesom
  • 6 ulas bawang merah **
  • 2 ulas bawang putih **
  • 1 inci kunyit **
  • 1/1 inci halia **
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
  • 1 sudu besar (ratakan) rempah kari (saya guna brand RAJA)
  • 1 senduk besar minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya
Cara-caranya ;
  1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kering yang telah dikisar. Gunakan api perlahan supaya cili masak sekata. Masak cili hingga naik minyak.
  2. Tumbuk bahan bahan bertanda ** hingga lumat (Jangan terlalu halus  ya)
  3. Bila cili dah masak, masukkan 1/2 mangkuk air asam jawa dan biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan bertanda ** yang telah ditumbuk, kacau rata.
  5. Masukkan baki air asam jawa tadi (masih ada semangkuk), tunggu hingga mendidih dan masukkan daun kesum serta ikan. Pastikan air asam melebihi paras ikan.
  6. Kemudian masukkan serbuk kari, lada hitam yg telah ditumbuk, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Dah boleh hidang ... makan dengan nasi panas-panas! Sedap baq hang ... heheheheh.

**Petua hasben saya, kalau nak lagi sedap .... masak tengah malam, siang baru makan. Panaskan pada waktu pagi, kuah akan jadi lebih pekat dan rasa masam akan lebih sekata. Sedap juga cicah jejemput bilis ataupun lempeng.


Sekian, resepi saya. Selamat Mencuba dan Memasak!!

No comments:

Post a Comment

Kenyang Perut Suka Hati