Saturday, October 17, 2015

BLOG MASAKAN CIK PUAN RANN

Assalamualaikum ...


Buka blog baru. Aku dah lama juga berkecimpung dalam dunia blog. Dah 5 tahun rasanya. Tetiba teringin nak buka blog masakan. Nak simpan recipe yang aku ambil dari mak kesayangan, kawan-kawan dan rakan blogger yang lain. Recipe yang aku sendiri dah cuba. Aku ada satu lagi blog peribadi yang menceritakan tentang sedikit perjalanan hidup aku yang simple, tentang travel, motivasi, hobbies dan juga tentang masakan ... tapi bila dah ada blog masakan ni, semua recipe aku akan campak kat blog sini. Dah tak kacau blog satu lagi dah ;). Blog ni khas untuk aku share recipe sahaja. Objektif aku wujudkan blog masakan ni, untuk rujukan aku sendiri dan anakanda tercinta, Muhammad Harraz Iskandar. Nak juga perturunkan skill masakan yang tak seberapa untuk anak soleh aku ni.


Salam perkenalan buat semua jika yang masih belum mengenali aku. Aku adalah blogger picisan. Amat minat menulis dan juga memasak. Sekarang dalam usaha menerjah hobi baru ... home gardening dan menjahit. Apapun, memasak tetap no. 1. Sedap tak sedap belakang kira, cuba dulu pastu baru usaha bagi sedap plak. heeeee!

Nanti aku akan transfer resepi blog aku sebelah sana masuk sini. Untuk tatapan korang. Manatau kot ada yang teringin nak mencuba. Sekian, untuk pertemuan pertama. Nanti jumpa lagi.

3 comments:

Kenyang Perut Suka Hati