Thursday, January 28, 2016

RESEPI AYAM KUKUS GRILL

Assalamualaikum...


Menu ayam kukus grill ni aku buat untuk anak soleh. Bekal dekat rumah pengasuh. Menu ini sesuai juga untuk korang yang diet atkins. Aku suka ayam kukus grill ni. Sedap! Isi dia soft, kat luarnya cam rangup sikit sebab dah grill kan pastu juicy! Simple tau menu ni, sila jangan segan silu mencuba. 



Resepi : AYAM KUKUS GRILL
Sumber: REKAAN SENDIRI ;)

Bahan-bahan;

  • 4-5 ketul ayam yang dah dibersihkan (untuk 2-3 orang makan)
  • Sebiji tomato dibelah 4
  • 1 batang carrot dipotong memanjang
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • 1 sudu perahan lemon (Kalau takda boleh digantikan dengan cuka epal)
  • Halia sebesar ibu jari - Ditumbuk 
  • 2 ulas bawang putih - Ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah - Ditumbuk
  • Sedikit minyak zaitun

Cara-cara;
  1. Perapkan ayam 2-3 jam bersama dengan garam, serbuk perasa, perahan lemon/cuka epal, hali, bawang putih dan bawang merah
  2. Kemudian kukus bersama carrot dan tomato.
  3. Kukus selama 15-20 minit sehingga mengeluarkan air kukusan
  4. Panaskan fry pan dengan sesudu minyak zaitun, kemudian grill ayam yang telah dikukus tadi lebih kurang 5-6 minit bagi lapisan luar seakan garing.
  5. Angkat ayam yng dah digrill kemudian masukkan air kukusan ayam dalam fry pan tadi dan masak sehingga pekat.
  6. Akhir sekali curahkan air kukusan ayam yng pekat berkenaan ke atas ayam.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan.


Selamat Mencuba!

Tuesday, January 26, 2016

SALMON GRILL MUDAH

Assalamualaikum...

Menu weekend saya anak beranak. Menu simple je.
Actually nak diet atkins, tapi tengok hasben makan nasi macam sedap je.
Bak la sket nasi tu ... hu hu



Resepi : SALMON GRILL MUDAH
Sumber : Sendiri

Bahan;

  • Sekeping ikan salmon
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk perasa
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Sedikit rosemary
  • Minyak zaitun
  • Sedikit perahan lemon (Aku letak sesudu kecil je air lemon ni)
Cara-Cara;
  • Basuh ikan salmon dengan air ais (tujuan untuk memastikan isinya kenyal dan cantik). Untuk hilang hanyir, taburkan sedikit tepung gandum dan kemudian basuhkan semula dengan air ais.
  • Perapkan ikan salmon selama 2-3 jam bersama garam, serbuk lada hitam, rosemary dan perahan lemon.
  • Kemudian grill di atas fry pan bersama 1 sudu minyak zaitun. Jangan grill terlalu lama .. 5 - 8 minit setiap side sudah memadai.

Mudahkan? Selamat mencuba!

Friday, January 8, 2016

RESEPI AYAM MASAK BALI AISHA SHUKOR

Assalamualaikum ...

Ayam masak bali ni dah viral dekat media sosial. Resepi asal dari Aisha Shukor. Aku pun tak ketinggalan mencuba. Memang sedap ... sangat! Kalau buat cicah ketupat pun best. Jom melawat recipe dan nanti jangan lupa mencuba ya. Aku cilok sebijik recipe dari Aisha Shukor. Thanks Aisha, share recipe yang ohsem ni ;p



Picture di atas ni memang dari air tangan sendiri. Gigih bangun awal masak untuk buat bekal ke hasben. Hasben makan sampai licin, balik rumah bedal lagi ayam masak bali kepunyaan aku. Suke tengok hasben makan berselera!


Resepi : AYAM MASAK BALI
Sumber : FB Aisha Shukor


***Sukatan resepi ini untuk seekor ayam


Bahan-bahan;
  • Segenggam cili kering**
  • 6 biji bawang besar **
  • 1 labu bawang putih**
  • Sedikit halia**
  • Belacan saiz stgh ibu jari**
  • Serai dititik - 8btg 
  • Daun kari 6 tangkai-cuci n tos
  • Kicap tamin (Aku guna kicap lemak manis Jalen)
  • Gula 3 sudu besar (Aku letak 1 sudu je, sebab dah guna kicap lemak manis)
  • Garam dua camca kecil
Cara-caranya;
  1. Blend kesemua bahan-bahan bertanda ** hingga lumat.
  2. Bersihkan ayam, selawat dan toskan kemudian lumurkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam.
  3. Panaskan secawan minyak, goreng ayam tak perlu garing biar ayam tu juicy kemudian angkat.
  4. Dengan minyak goreng ayam tadi, gorengkan serai hingga separa coklat.
  5. Masukkan daun kari dan goreng gingga garing dengan api sederhana ya.
  6. Bila warna dah cantik, masukkan bahan blend tadi, tumis sampai naik bau dan garing.
  7. Masukkan gula, garam dan renjis kicap (dalam 5 titis sahaja), biar warna jadi merah maroon.
  8. Masukkan ayam dan masak 10 minit lagi.
Puan Aisha pesan jangan makan lagi bila dah masak, biar setengah jam atau makan esok lagi sedap
katanya. Saya dah cuba ... anda bila lagi?

Selamat mencuba ya!