Ayam masak bali ni dah viral dekat media sosial. Resepi asal dari Aisha Shukor. Aku pun tak ketinggalan mencuba. Memang sedap ... sangat! Kalau buat cicah ketupat pun best. Jom melawat recipe dan nanti jangan lupa mencuba ya. Aku cilok sebijik recipe dari Aisha Shukor. Thanks Aisha, share recipe yang ohsem ni ;p
Picture di atas ni memang dari air tangan sendiri. Gigih bangun awal masak untuk buat bekal ke hasben. Hasben makan sampai licin, balik rumah bedal lagi ayam masak bali kepunyaan aku. Suke tengok hasben makan berselera!
Resepi : AYAM MASAK BALI
Sumber : FB Aisha Shukor
***Sukatan resepi ini untuk seekor ayam
Bahan-bahan;
- Segenggam cili kering**
- 6 biji bawang besar **
- 1 labu bawang putih**
- Sedikit halia**
- Belacan saiz stgh ibu jari**
- Serai dititik - 8btg
- Daun kari 6 tangkai-cuci n tos
- Kicap tamin (Aku guna kicap lemak manis Jalen)
- Gula 3 sudu besar (Aku letak 1 sudu je, sebab dah guna kicap lemak manis)
- Garam dua camca kecil
Cara-caranya;
- Blend kesemua bahan-bahan bertanda ** hingga lumat.
- Bersihkan ayam, selawat dan toskan kemudian lumurkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam.
- Panaskan secawan minyak, goreng ayam tak perlu garing biar ayam tu juicy kemudian angkat.
- Dengan minyak goreng ayam tadi, gorengkan serai hingga separa coklat.
- Masukkan daun kari dan goreng gingga garing dengan api sederhana ya.
- Bila warna dah cantik, masukkan bahan blend tadi, tumis sampai naik bau dan garing.
- Masukkan gula, garam dan renjis kicap (dalam 5 titis sahaja), biar warna jadi merah maroon.
- Masukkan ayam dan masak 10 minit lagi.
Puan Aisha pesan jangan makan lagi bila dah masak, biar setengah jam atau makan esok lagi sedap
katanya. Saya dah cuba ... anda bila lagi?
Selamat mencuba ya!
tak sempat lagi nak buat, yang dah buat mesti kata sedap. agak2 ada orang nak buatkan tak? hehehe
ReplyDeleteSalam, nak confirm kan. Memang 6 biji bawang besar ke? Tak banyak sangat ke??
ReplyDeleteSalam. Ye 6 biji bawang besar .... secukup rasa dah ni ;p
DeleteSalam, nak confirm kan. Memang 6 biji bawang besar ke? Tak banyak sangat ke??
ReplyDeleteala..ade kicap masin je..lemak manis xdak plak..blh ka?huhu
ReplyDelete