Assalamualaikum ...
Menu simple. Buat banyak² boleh simpan seminggu tau. Makan
dengan nasi panas² sedap ni. Bertambah tak hengat. Mai akak share recipe. Tadi saya
dah share menu ni kat dalam grup MAHN kat FB. Masakan simple je saya boleh
share. Tak reti nak masak yang susah-susah. Masih lagi belajar masak ;)
Resepi : IKAN BILIS GORENG CILI API
Sumber : Aswa Group SDF
Bahan :
- 150-200 grm cili api kg (merah) - tumbuk kasar
- 15 ulas bwg merah - mayang halus
- 150-200 grm ikan bilis ( Saya guna ikan bilis Sabah – lebih rangup)
- Sedikit
tepung jagung
- ½ cawan minyak utk menumis
- ½ cawan untuk goreng ikan bilis
- 1 sudu teh gula (optional)
- Sedikit serbuk perasa (optional)
Cara memasak :
- Panaskan ½ cawan minyak dan tumis bawang merah
- Goreng bawang sampai garing kemudian masukkan cili api tumbuk tadi
- Masukkan gula dan serbuk perasa (jika perlu)
- Goreng cili api dan bawang tadi sampai betul kering dan naik minyak. Lebih
kurang sejam. Dah masak ketepikan
- Dalam bekas lain, ikan bilis yg dibasuh, sejatkan dan gaul bersama sedikit
tepung jagung
- Panas ½ cawan minyak dalam kuali lain kemudian goreng ikan bilis yg telah
digaul dgn tepung jagung
- Goreng bagi betul betul garing. Angkat dan toskan.
- Kemudian masukkan ikan bilis ke dalam kuali cili api yg telah masak tadi ...
Gaul sebati. Simpan dalam bekas kedap udara.
Simple je. Bahan pun tak banyak. Cuma leceh tang nak tumbuk cili
tu dan menggoreng je. Lenguh tangan Nak
goreng bagi kering pun dekat 2 jam.Tang makan sedap. Nak buat tu fikir banyak
kali
**Ikan bilis Sabah kalau nak beli, boleh order dengan saya. Saya
Agen Sabah Dried Food Putrajaya (Email : annaudir@gmail.com)
No comments:
Post a Comment
Kenyang Perut Suka Hati